SUNGAI CONGKAK
Di Sungai Congkak
telah terbukti dengan keindahan alam dan air yang bersih. Tidak menghairankan
kerana ia merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Hulu Langat yang telah
dibuka kepada orang ramai sejak tahun 1982.
Oleh itu ia menjadi
tempat yang sesuai untuk bersiar-siar bersama keluarga. Jika anda sedang
mencari tempat percutian hujung minggu yang cepat, ini ialah tempatnya. Sebagai
hutan hujan, anda dapat menikmati alam semula jadi yang terbaik. Di sungai
congkak juga turut menyediakan tempat penginapan seperti chalet untuk orang
ramai, tapak-tapak khemah juga turut disediakan bagi yang gemar untuk bermalam
dengan khemah yang dibawa sendiri, taman permainan, pondok rehat dan juga dewan
terbuka. Di sini juga terdapat gerai menjual makanan dan minuman, hasil hutan
dan barangan yang anda perlu. Antara aktiviti yang anda boleh dijalankan di
Sungai Congkak ialah BBQ, berbasikal, berenang, meredah hutan, berjalan kaki
dan mendaki bukit. Kesemua aktiviti ini boleh dijalankan dengan bantuan panduan
alam semula jadi. Jika anda tertanya-tanya berapa banyak anda akan perlu
membayar untuk masuk ke dalam hutan rekreasi, anda akan terkejut mendengar
bahawa anda hanya perlu membayar hanya RM1.
AIR TERJUN SUNGAI GABAI
Air terjun Sungai
Gabai terletak di Kampung Sungai Lui, mukim Hulu Langat. Air terjun Sungai
Gabai ini tidaklah begitu popular berbanding dengan air terjun Sungai Congkak
atau air terjun Sungai Tekala.
Sebenarnya air
terjun Sungai Gabai ada 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat
paling atas. Kawasan perkelahan agak sempit dan berbatu-batu besar.
Setiap pengunjung
dikenakan bayaran RM2.00 untuk sebuah kereta dan RM1.00 untuk sebuah motosikal.
Sekeping resit diberikan.
Ada banyak pondok
rehat yang dibina oleh Majlis Daerah Hulu Langat pada tahun 2000. Ada kira-kira
10 buah pondok rehat yang pelbagai saiz dan bentuk. Ada juga surau, bilik
persalinan dan tandas awam. Sungai Gabai
mengalir dari Gunung Besar Hantu (1462 m) yang terletak di Negeri Sembilan. Air
Sungai Congkak mengalir dari Gunung Nuang (1493 m) yang merupakan gunung yang
tertinggi di negeri Selangor.
KOLAM AIR PANAS BATU 16 DUSUN TUA
Kolam air panas
ini terletak berhadapan dengan IKBN Dusun Tua. Kawasan yang agak terhad dengan
terdapat cuma satu kolam air panas yang agak kecil. Kolam ini tidak
memungkinkan sesiapa pun mandi kerana tempat yang terbuka dan terletak
bersebelahan jalan utama.
Malahan, kolam
ini mempunyai tahap kepanasan air yang lebih tinggi. Pengunjung cuma dapat
mencelup tangan dan merendam kaki ke dalam kolam. Amat sesuai untuk
destinasi persinggahan jika pergi berkelah di Hulu Langat ini.
KOLAM AIR PANAS SUNGAI SERAI

Dari kolam air panas Dusun Tua, kini kita beralih pula ke kolam Air
Panas Sungai Serai pula. Terletak di Kampung Sungai Serai, Mukim
Hulu Langat. Di sini terdapat banyak kolam air panas memandang struktur tanah
banyak mempunyai belerang. Ramai pengunjung luar yang datang ke kolam
ini. Kolam air panas ini tidak berapa jauh dari Kuala Lumpur. jarak
perjalanan dari Kuala Lumpur ke kolam ini anggaran masa selama 30 minit sahaja.
Kolam ini terletak di Batu 11, Hulu Langat berhampiran dengan masjid yang
bernama Masjid Ehsan.
Kolam ini dibuka dari pukul 8 pagi hingga pukul 10 malam sahaja. Jika anda hendak berendam dalam kolam air panas ini disaranakan anda datang pada waktu malam kerana lebih selesa untuk berendam.
Di Kolam ini tiada sebarang kemudahan disediakan seperti tempat salin pakaian, tandas, atau pun gerai makan. Di sini hanya disediakan parking kereta sahaja yang dikenakan bayaran sebanyak RM1.00, dan bayaran untuk masuk ke kolam ini juga hanyalah semurah RM1.00 sahaja.
No comments:
Post a Comment